Langkau ke kandungan utama

Thaksin mula jalani hukuman penjara selepas arahan mahkamah

BANGKOK, 10 September -Bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra, memulakan hari pertamanya secara rasmi di dalam penjara pada Rabu selepas Mahkamah Agung negara itu memutuskan bahawa beliau sebelum ini menjalani hukuman penjara secara tidak sah di hospital.

Keputusan mahkamah pada Selasa menjadi satu tamparan hebat terhadapnya, apabila para hakim mengarahkan pemindahan Thaksin, 76, ke Penjara Reman Bangkok.

Pertumbuhan global diunjur lebih kukuh kepada 2.4%

KUALA LUMPUR, 10 Sept - Fitch Ratings menyemak naik unjuran pertumbuhan global bagi 2025 kepada 2.4 peratus daripada 2.2 peratus sebelum ini susulan data suku kedua lebih kukuh berbanding jangkaan awal.

Namun, pada masa sama, agensi penarafan itu memberi amaran data-data utama sebenar ekonomi Amerika Syarikat (AS) memaparkan tanda-tanda lemah manakala kejutan positif dalam pertumbuhan zon euro pula sebahagiannya didorong oleh syarikat-syarikat yang bertindak mempercepatkan aktiviti masing-masing bagi mengelak tarif AS.

Tentera Nepal kawal jalan raya susulan protes ganas di Kathmandu

KATHMANDU, 10 September -Tentera Nepal membuat kawalan ketat jalan-jalan di ibu negara Kathmandu pada Rabu selepas tunjuk perasaan besar-besaran bertukar ganas.

Kenderaan perisai dan kereta kebal dilihat meronda jalan-jalan utama, manakala tentera memberi amaran melalui pembesar suara agar orang ramai tidak melakukan keganasan, rompakan atau membakar harta awam.

"Sebarang perbuatan vandalisme, rompakan, pembakaran atau serangan terhadap individu dan harta benda atas nama protes akan dianggap sebagai jenayah,” kata kenyataan rasmi tentera.