LABUAN, 19 September- Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun maut, manakala tiga lagi cedera dalam nahas kereta yang berlaku di Simpang 20, Kampung Lajau, di sini, pukul 1.42 tengah malam tadi.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan Satu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan, Mohamad Irwan Jaidin berkata, pemandu dipercayai hilang kawalan sebelum kenderaan terbabas.
"Mangsa, Muhammad Shazlan Roslan, tersepit di kerusi penumpang dan dikeluarkan menggunakan peralatan khas.