Langkau ke kandungan utama

Menyedia ekosistem pendidikan inklusif, terapi Rahmah mungkin jawapan dicari

SAUDARA PENGARANG

Di sebalik kemajuan pesat negara, masih wujud kelompok masyarakat yang sering kali terpinggir daripada arus perdana, iaitu kanak-kanak berkeperluan khas. Mereka bukan sahaja memerlukan kasih sayang dan perhatian istimewa, tetapi juga akses kepada rawatan serta pendidikan awal yang sesuai dengan keperluan perkembangan mereka.

Antara inovasi dan ancaman AI dalam dunia pendidikan

SAUDARA PENGARANG

Ledakan teknologi kecerdasan buatan (AI) telah membawa perubahan ketara dalam landskap pendidikan tinggi negara. Walaupun memberi peluang besar untuk mempercepat proses pembelajaran, kebimbangan berkaitan integriti akademik semakin hangat diperkatakan dalam kalangan pendidik dan penggubal dasar. Di Malaysia, kini ia berada di persimpangan sama ada adakah AI akan menjadi suatu alat untuk memperkasa generasi baharu, atau sebaliknya melahirkan graduan “pintar mesin tetapi kosong jiwa”?

Program TVET khusus untuk OKU: PSA tawar sijil penyenggaraan mekanikal

Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional, atau TVET, kini semakin mendapat perhatian sebagai laluan masa depan yang inklusif.

Di Shah Alam, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ATAU PSA, muncul sebagai antara institusi yang aktif membuka ruang pembelajaran kepada golongan Orang Kurang Upaya OKU.

Laporan Siti Farah Nadia Fadzlon.

Serangan udara Israel di Sanaa ragut nyawa 32 wartawan Yaman

SANAA, 10 September- Serangan udara Israel di ibu kota Yaman, pada 10 September meragut nyawa 32 wartawan tempatan.

Insiden itu turut memusnahkan dua pejabat akhbar iaitu 26th September dan Al-Yemen di Dataran Tahrir.

Abdullah Al-Bahri, wartawan veteran yang bertugas di Agensi Berita Saba, antara yang terbunuh.

Bapa mangsa, Mahdi Al-Bahri berkata, Abdullah telah melaporkan operasi ketenteraan Israel di Gaza selama dua tahun dan mendedahkan jenayah Israel di wilayah itu yang disokong Amerika Syarikat.

Letupan bom gegar Gaza selepas AS veto resolusi PBB

GAZA, 19 September- Sekurang-kurangnya empat letupan bom dilaporkan berlaku di Gaza pada awal pagi Jumaat, menggoncang wilayah Palestin itu.

Sehari sebelumnya, tentera Israel dilihat mara melalui dua laluan menuju pusat Bandar Gaza, sementara talian internet dan telefon terputus beberapa jam.

Keadaan itu menandakan kemungkinan peningkatan operasi darat oleh rejim Zionis.

Ekonomi halal bentuk susunan baharu perdagangan dunia

KUALA LUMPUR, 19 September - Malaysia berhasrat menyusun semula pendekatan perdagangan global dengan menjadikan ekonomi halal sebagai pemangkin kepada perdagangan beretika.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, prinsip halal yang menekankan keadilan, keterangkuman dan kesaksamaan wajar diterapkan dalam perjanjian perdagangan serta rantaian bekalan bagi membentuk sistem yang lebih adil untuk semua.

Jualan kenderaan Ogos kukuh, prospek September dipengaruhi Belanjawan 2026 - MAA

KUALA LUMPUR, 19 September - Jumlah keseluruhan industri (TIV) sektor automotif Malaysia meningkat sebanyak 4.2 peratus kepada 73,041 unit pada Ogos daripada 70,101 unit pada Julai, menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

MAA menerusi kenyataan berkata, kenaikan TIV itu disumbangkan ketersediaan stok yang lebih tinggi, berikutan jumlah pengeluaran yang lebih baik pada Julai sebanyak 71,439 unit.