Langkau ke kandungan utama

Harga RON95 turun kepada RM1.99 seliter mulai 30 September

PUTRAJAYA, 22 September - Harga petrol RON95 ditetapkan pada RM1.99 seliter, berbanding RM2.05 sebelum ini, berkuat kuasa 30 September melalui pelaksanaan inisiatif penyasaran subsidi BUDI95.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penurunan harga itu merupakan penghargaan sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Warga emas hilang seminggu ditemukan maut di Batu Niah

BATU NIAH, 22 September - Misteri kehilangan seorang lelaki warga emas sejak seminggu lalu berakhir dengan penemuan mayatnya dalam keadaan reput di tepi jalan di Sebubok, Batu Niah, malam tadi.

Mangsa dikenali sebagai Chong Nyuk Fan, 77, dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Senadin, Miri pada 14 September lalu dengan memandu kenderaan pacuan empat roda.

Menara telekomunikasi pertama Malaysia jadi ikon pelancongan baharu

MELAKA, 22 September - Struktur telekomunikasi pertama di Malaysia yang terletak di Bukit Melaka kini diberi nafas baharu sebagai tarikan pelancongan sempena sambutan Hari Pelancongan Sedunia (WTD) dan Persidangan Pelancongan Sedunia (WTC).

Menara bersejarah itu dihiasi lampu LED berwarna-warni dengan kerjasama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), sekali gus menjadikannya mercu tanda ikonik baharu di Banda Hilir.

Belum masanya BN umum calon 'poster boy' PRU DUN Sabah - Pengerusi BN

JEMPOL, 1 Mei - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi belum menentukan mana-mana calon sebagai 'poster boy' parti itu sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) atau Pilihan Raya Negeri (PRN) diumumkan.

Menurut beliau, hasil perjumpaan dengan kepimpinan UMNO Sabah semalam, satu garis panduan telah diberikan bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

PRK Ayer Kuning: Ahmad Zahid ucap tahniah atas kemenangan BN

BAGAN DATUK, 26 April- Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah atas kemenangan Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Dr Mohamad Yusri Bakir.

Menurut Ahmad Zahid, kemenangan itu mencerminkan kerjasama erat serta penerimaan kesepakatan antara semua parti di bawah Kerajaan Perpaduan.

Beliau turut menyifatkan keputusan tersebut sebagai bukti kebijaksanaan pengundi dalam memilih calon yang benar-benar layak mewakili mereka.

Global Sumud Flotilla: Solidariti dunia hadapi tentangan Israel

ULASAN BERITA

Saudara, tiada kata-kata boleh digambarkan terhadap nasib dan derita dihadapi rakyat Gaza. Pengeboman demi pengeboman berlaku. Pencerobohan dan kepungan terus diperhebat. Malah, kempen pembunuhan beramai-ramai atau ‘genocide’ rakus digerakkan rejim apartheid Zionis Israel.

Jumlah kematian sudah tidak terbilang. Angka yang cedera mencecah ratusan ribu orang. Rakyat Palestin kini dibiarkan hidup dalam 1,001 kesulitan. Lebih memilukan, sengaja dibiarkan hidup dalam kelaparan.

Pengasingan kuasa: Titik tolak sistem keadilan negara

ULASAN BERITA

Kerajaan MADANI akhirnya menunaikan janji yang dinanti-nantikan rakyat, apabila selepas hampir tiga tahun menunggu, pengasingan kuasa antara Peguam Negara dengan Pendakwa Raya dimuktamadkan secara prinsip.

Langkah ini dianggap antara agenda reformasi undang-undang paling penting dalam sejarah negara.

Malah, Majlis Peguam Malaysia menyokong penuh terhadap keputusan kerajaan memisahkan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya.

Penghargaan SARA hadiah kemerdekaan

ULASAN BERITA

Tanggal 31 Ogos tahun ini menjadi hari bersejarah kepada seluruh rakyat Malaysia.

Kita bukan sahaja menyambut Hari Kebangsaan ke-68 dengan penuh semangat patriotik, tetapi hari Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 dikreditkan kepada rakyat. SARA boleh ditebus di lebih 7,300 premis berdaftar seluruh negara.

Ini merupakan ikhtiar segera kerajaan untuk meringankan beban sara hidup dan sebagai penghargaan kepada rakyat. Kira-kira 22 juta penduduk mendapat manfaat dengan jumlah peruntukan RM2 bilion.

Peremajaan jenama TH, tekad ke arah simpanan lestari

SAUDARA PENGARANG

Polemik peremajaan jenama (brand rejuvenation) Tabung Haji (TH) menjadi hangat mutakhir ini apabila isu tersebut dibangkitkan di Dewan Rakyat baru-baru ini. Sesetengah pihak mungkin tertanya-tanya, apakah kewajaran untuk TH melalui proses peremajaan jenama? Bukankah orang ramai sudah sedia maklum dengan peranan cemerlang TH menguruskan simpanan haji umat Islam di Malaysia selama lebih enam dekad?