Langkau ke kandungan utama

Pakej Berita

Hari Sungai Sedunia 2025: Sungai sumber utama bekalan air bersih

Insiden pencemaran Sungai Kim Kim, Sungai Gong dan Sungai Semenyih pernah menjejaskan jutaan pengguna.

Dengan lebih 90 peratus bekalan air bergantung pada sungai, efluen industri terus mengancam kualiti air, kesihatan awam, dan ekonomi setempat.

Sempena Hari Sungai Sedunia hari ini, wartawan Nor Ain Abu Bakar meneliti cabaran memelihara sungai negara.

Program TVET khusus untuk OKU: PSA tawar sijil penyenggaraan mekanikal

Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional, atau TVET, kini semakin mendapat perhatian sebagai laluan masa depan yang inklusif.

Di Shah Alam, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ATAU PSA, muncul sebagai antara institusi yang aktif membuka ruang pembelajaran kepada golongan Orang Kurang Upaya OKU.

Laporan Siti Farah Nadia Fadzlon.