Langkau ke kandungan utama

Ekonomi

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini

KUALA LUMPUR, 22 September - Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM34.71 bilion dalam pasaran konvensional dan RM20.05 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menjalankan tiga tender repo berbalik terdiri daripada tender bernilai RM2.2 bilion untuk tujuh hari, tender bernilai RM1.5 bilion untuk 30 hari dan tender bernilai RM1.0 bilion untuk 91 hari.

Bursa Malaysia dibuka tinggi, FBM KLCI naik melepasi paras 1,600

KUALA LUMPUR, 22 September - Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, dengan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat melepasi paras utama pada 1,600, disokong oleh sentimen positif daripada Wall Street.

Pada 9.05 pagi, FBM KLCI naik 2.86 mata kepada 1,601.09 selepas ditutup pada 1,598.23 Jumaat lepas.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi kepada 1,599.78.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS didorong tinjauan S&P stabil

KUALA LUMPUR, 22 September -Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin, disokong oleh penarafan kredit berdaulat Malaysia yang positif dan data ekonomi tempatan yang kukuh.

Pada 8.02 pagi, mata wang tempatan dicatatkan pada 4.2000/2200 berbanding dolar AS daripada 4.2040/2115 pada Jumaat lepas.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pengekalan penarafan terkini oleh S&P Global Ratings itu menunjukkan penarafan berdaulat kerajaan kekal stabil.

Ekonomi halal bentuk susunan baharu perdagangan dunia

KUALA LUMPUR, 19 September - Malaysia berhasrat menyusun semula pendekatan perdagangan global dengan menjadikan ekonomi halal sebagai pemangkin kepada perdagangan beretika.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, prinsip halal yang menekankan keadilan, keterangkuman dan kesaksamaan wajar diterapkan dalam perjanjian perdagangan serta rantaian bekalan bagi membentuk sistem yang lebih adil untuk semua.

Jualan kenderaan Ogos kukuh, prospek September dipengaruhi Belanjawan 2026 - MAA

KUALA LUMPUR, 19 September - Jumlah keseluruhan industri (TIV) sektor automotif Malaysia meningkat sebanyak 4.2 peratus kepada 73,041 unit pada Ogos daripada 70,101 unit pada Julai, menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

MAA menerusi kenyataan berkata, kenaikan TIV itu disumbangkan ketersediaan stok yang lebih tinggi, berikutan jumlah pengeluaran yang lebih baik pada Julai sebanyak 71,439 unit.

Ringgit dibuka tinggi berbanding Dolar AS seiring mata wang serantau kukuh

KUALA LUMPUR, 19 September - Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat, menjejaki prestasi mata wang serantau yang lebih kukuh walaupun dolar AS meneruskan kekuatannya.

Pada 8 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.1865/2100 berbanding dolar AS daripada 4.1945/1995 semasa ditutup pada Khamis.

CIMB lancar laporan biodiversiti pertama di Malaysia

KUALA LUMPUR, 11 September - CIMB Group Holdings Berhad muncul sebagai bank pertama di Malaysia yang menerbitkan Nature and Biodiversity Report, sekali gus menegaskan komitmen kumpulan terhadap pembiayaan mampan dan pengurusan risiko alam sekitar.

Laporan bertajuk Banking on Nature: Advancing Our Nature Journey itu memberi tumpuan kepada empat sektor utama – minyak sawit, perhutanan, tenaga serta minyak dan gas – yang dikenal pasti paling terdedah kepada risiko berkaitan alam semula jadi.

Ringgit dibuka tinggi didorong jangkaan penurunan kadar AS

KUALA LUMPUR, 11 September- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan kebanyakan mata wang utama pada Khamis, sejajar dengan jangkaan terhadap penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) selepas data ekonomi dicatatkan lemah.

Pada 8.00 pagi, mata wang tempatan naik kepada 4.2085/2300 berbanding dolar AS daripada 4.2185/2220 semasa ditutup pada Rabu.

ADE tandatangan perjanjian jangka panjang dengan Air France, AFI KLM E&M

KUALA LUMPUR, 10 September – Asia Digital Engineering Sdn. Bhd. (ADE), anak syarikat penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) milik Capital A Berhad, menandatangani dua perjanjian jangka panjang bersama Air France serta Air France Industries KLM Engineering & Maintenance (AFI KLM E&M).

Melalui perjanjian dengan Air France, ADE akan menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan berat dan pengubahsuaian pesawat Airbus A330-200.