Langkau ke kandungan utama

Tanah runtuh di Penampang, sebuah rumah roboh

PENAMPANG, 18 September- Satu kejadian tanah runtuh di Kampung Madsiang, Jalan Tambunan Penampang awal pagi tadi menyebabkan sebuah rumah roboh serta merosakkan dua kenderaan.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah memaklumkan panggilan kecemasan diterima pada 1.21 pagi, sebelum lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang tiba di lokasi 15 minit kemudian.

Inkues Zara Qairina: Ibu tolak bedah siasat, saksi forensik beri keterangan

KOTA KINABALU, 17 September – Mahkamah Koroner Kota Kinabalu hari ini diberitahu bahawa ibu kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir enggan membenarkan proses bedah siasat dilakukan ke atas jenazah anaknya, meskipun telah diberi penjelasan beberapa kali oleh pihak perubatan.

Prosiding hari kelapan itu menampilkan saksi ketujuh, pegawai perubatan forensik Dr. Logaraj Ratha, 35, yang kini menjalani latihan luar kampus di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth sejak Jun 2024.

BES+KINI - Cawangan Serigala Tentera Darat, PULADA Malaysia

Unit Serigala Tentera Darat yang ditubuhkan pada tahun 1971 merupakan satu-satunya elemen K9 dalam ATM yang diaturgerakkan sebagai pasukan elit anjing perang untuk mempertahankan keselamatan negara melalui kepakaran taktikal, pengawal, mencari bahan letupan dan mengesan musuh. Kesetiaan anjing Cawangan Serigala tidak dapat di pertikaikan dari segi pengarahan dan penugasan.

Filem pendek ‘NDHUK’ cipta sejarah, tersenarai di SSIFF di Sepanyol

KUALA LUMPUR, 17 September – Filem pendek NDHUK arahan pelajar Malaysia, Koo Hui Yin mencipta sejarah apabila menjadi karya pertama dari Malaysia dan Asia Tenggara yang terpilih ke pertandingan pelajar berprestij, NEST di Festival Filem Antarabangsa San Sebastián (SSIFF) ke-73 di Sepanyol.

Pengarah muda itu mengakui tidak menyangka filem berdurasi 16 minit tersebut mampu menembusi festival antarabangsa yang berprestij.

Karya terbaharu Park Chan-wook buka tirai Festival Filem Antarabangsa Busan ke-30

BUSAN, 17 September - Komedi jenayah arahan pengarah tersohor Park Chan-wook menjadi pembuka tirai Festival Filem Antarabangsa Busan (BIFF) ke-30 pada Rabu, edisi yang turut memperkenalkan barisan pertandingan utama buat julung kali, selaras dengan usaha Korea Selatan mengukuhkan pengaruh budayanya di peringkat global.

Festival tahun ini berlangsung selepas kejayaan besar karya-karya yang menyoroti budaya serta pengalaman Korea Selatan, antaranya Squid Game, Parasite dan fenomena terkini, KPop Demon Hunters.

Peserta Kemuncak Bintang Kecil 2025 diberi peluang teroka dunia penyiaran

KUCHING, 15 September - Seramai 11 peserta Kemuncak Bintang Kecil 2025 bukan sahaja mengasah bakat nyanyian, malah diberi pendedahan mengenai dunia penyiaran dan warisan budaya sepanjang berada di Kuching.

Buat julung kali, Broadcast Village diperkenalkan bagi memberi peluang peserta mencuba pengalaman menjadi pengacara, penyampai radio dan pembaca berita.

Penduduk Sabah terjejas banjir, tanah runtuh bakal dapat rumah PPRS

BUTTERWORTH, 16 September – Penduduk Sabah yang terjejas teruk akibat banjir dan tanah runtuh bakal mendapat kediaman baharu bawah Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Pusat, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), berkata kerajaan menyalurkan peruntukan RM10 juta bagi membantu penduduk terjajas.