MSN mahu Umar manfaat kejohanan dunia, catat masa lebih baik
KUALA LUMPUR, 11 September - Pelari 400 meter kebangsaan Umar Osman, disaran memanfaatkan peluang beraksi di Kejohanan Olahraga Dunia di Tokyo bulan ini untuk mencatat prestasi terbaik sebagai persediaan menghadapi Sukan SEA 2025 di Thailand pada Disember.
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin, berkata kejohanan berprestij yang berlangsung dari 13 hingga 21 Sept itu merupakan medan penting untuk menguji kemampuan Umar dalam memperbaiki catatan masa serta memastikan beliau berada dalam kelompok perebutan pingat, khususnya emas.